Thursday 2 May 2013

Sistem Kawalan Kualiti Berasaskan Web Di Jackwells Enterprise (M) Sdn Bhd


Abstract

          Sistem kawalan kualiti berkomputer yang dibangunkan ini adalah untuk membantu Syarikat Jackwells ENTERPRISE (M) Sdn. Bhd dalam menyelesaikan masalah-masalah yang wujud dalam sistem kawalan kualiti semasanya. Bagi Syarikat Jackwells ENTERPRISE (M) Sdn. Bhd, perlaksanaan sistem kawalan kualiti sedia ada di syarikatnya adalah secara manual. Oleh demikian, timbulnya masalah dalam merekod data-data hasil pemeriksaan serta masalah dalam penyimpanan data yang tidak begitu sistematik. Disamping itu, terdapat masalah dalam penentuan saiz sampel dan kesukaran dalam penganalisaan data-data bagi menghasilkan sesuatu keputusan atau laporan yang tepat dan cepat. Justeru itu, bagi mengatasi segala permasalahan ini, satu sistem kawalan kualiti berkomputer akan dibangunkan berdasarkan konsep Kawalan Kualiti Berstatistik, yang merangkumi dua kaedah iaitu pertama Kaedah Penerimaan Pesampelan yang melibatkan teknik pesampelan tunggal dan Kaedah Kawalan proses Berstatistik (SPC) yang meliputi rajah histogram dan graf garisan. Output dari sistem ini adalah dapat memberikan paras penerimaan pesampelan yang terbaik serta dapat menjanakan keputusan dan laporan kawalan kualiti yang jelas dan pantas kepada syarikat Jackwells ENTERPRISE (M) Sdn. Bhd ini. Sistem yang dibangunkan ini adalah berasaskan web di mana pengguna boleh mencapainya dari intranet dan bahasa pengaturcaraan yang digunakan ialah Macromedia Coldfusion 5.

No comments:

Post a Comment