Monday 29 April 2013

Sistem Pengurusan Penyelenggaraan Bagi Vertical Centrifugel Pump P-850 Di Syarikat BASF (Malaysia) Sdn. Bhd.


Abstract

          Laporan ini adalah untuk mencadangkan pembangunan sebuah sistem pengurusan penyelenggaraan untuk kegunaan pihak Badische Anilin & Soda Fabric (BASF) Sdn. Bhd. di Pasir Gudang. Sistem ini adalah untuk memudahkan aktiviti- aktiviti penyelenggaraan Vertical Centrifugal Pump P-850 (VCP P-850) dilakukan berpandukan pada rekod-rekod lepas yang telah dimasukkan ke dalam pangkalan data dan telah ditukarkan ke bentuk lain seperti graf, carta bar dan sebagainya. Selain itu, ia juga adalah untuk memaksimumkan keboleharapan pam di samping mengurangkan kos yang berkaitan dengan penyelenggaraan seperti pembelian komponen baru, penukaran pam baru atau kos penyelenggaraan yang lain. Keputusan analisa data yang dibuat adalah berdasarkan kepada pemilihan model-model penyelenggaraan seperti model penggantian (replacement), kadar kegagalan (failure rate) dan Purata Masa Antara Kegagalan (MTBF). Sistem yang bakal dibangunkan ini juga akan menggunakan perisian Microsoft Visual Basic 6.0 untuk rekabentuk antaramuka, Microsoft Access 2000 untuk pangkalan data, Microsoft Excel 2000 untuk menjanakan graf dan perisian-perisian lain bagi melengkapkan lagi pembangunan sistem. Kesimpulannya, adalah diharapkan agar projek ini dapat membantu pihak BASF Sdn. Bhd. dalam membuat keputusan berkaitan dengan penyelenggaraan Vertical Centrifugal Pump P-850 (VCP P-850) yang ada.

No comments:

Post a Comment