Abstract
Realiti maya adalah satu perkataan yang tidak asing lagi bagi pengguna komputer terutamanya yang selalu melayari Internet. Walaupun begitu, tidak banyak yang diketahui mengenainya. Banyak model objek dan persekitaran yang boleh dijumpai di Internet. Namun begitu, agak sukar untuk mencari objek-objek yang boleh melakukan pelbagai pemanipulasian seperti penukaran warna pencahayaan, penskalaan dan titik pandangan. Kajian projek ini adalah bertujuan untuk menghasilkan satu prototaip berbentuk realiti maya yang membenarkan objek-objek maya dimanipulasikan melalui penggunaan penggelungsor dan Antaramuka Perubahan Luaran (External Authoring Interface) atau lebih dikenali sebagai EAI yang akan berinteraksi dengan pelayar VRML dengan penggunaan fungsi luaran seperti Applet Java. Aplikasi ini juga bersifat atas talian dan boleh dicapai oleh semua orang melalui Internet.
Website : http://ir.fsksm.utm.my/3865/
No comments:
Post a Comment