Wednesday 24 April 2013

Permodelan Bulu Burung (Feather) Menggunakan L-System


Abstract

          Perkembangan terkini dalam bidang grafik berkomputer telah membolehkan model matematik bagi struktur dan proses biologi divisualisasikan. Sejak zaman dahulu, kecantikan semulajadi bulu burung telah mengagumkan ramai manusia, bermula daripada pakaian bulu burung yang digunakan oleh ketua-ketua kaum Hawaii sehinggalah kepada orang asli Amerika yang menggunakannya sebagai hiasan kepala. Bulu burung adalah aset utama yang digunakan oleh burung untuk terbang, untuk menahan diri daripada kesejukan dan untuk mencari pasangan. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh sifat dan ciri-ciri semulajadinya yang tertentu seperti langkauan (gaps) rawak di antara barb,bulu burung ini adalah sukar untuk diwakilkan dengan geometri klasik. secara umumnya, projek ini dibangunkan bertujuan untuk memodelkan bulu burung dengan menggunakan kaedah L-System. Pendekatan ini dimotivasikan oleh pemerhatian bahawa bulu burung mempunyai struktur dedahan (branching) yang boleh dimodelkan menggunakan L-System. L-system berparameter dan pemetaan tekstur yang digunakan di dalam projek ini membolehkan pelbagai jenis dan bentuk bulu burung dihasilkan dengan mudah. Hasil bagi projek ini adalah satu pelepah bulu burung dalam bentuk 2D.

No comments:

Post a Comment