Thursday 25 April 2013

Rekabentuk Badan Kapal Berbantukan Komputer


Abstract

          Teknologi pembinaan kapal berkembang begitu pesat sejajar dengan perkembangan industri di dunia ini. Ini adalah kerana kapal merupakan suatu jenis pengangkutan air yang sangat berguna terutamanya di bidang perdagangan. Perkembangan ini juga membawa kepada perkembangan teknologi dalam merekabentuk kapal. Pada masa dahulu proses merekabentuk kapal dilakukan secara manual. Ia merupakan satu tugas yang amat rumit dan memakan masa yang agak lama. Namun, kini proses ini telah menjadi lebih mudah dengan penggunaan komputer. Segala penukaran data juga dapat dilakukan dengan mudah tanpa mengulangi semula proses sebelumnya. Tujuan projek ini dibangunkan adalah untuk menyediakan satu prototaip merekabentuk kapal khusus untuk tujuan pembelajaran dan penyelidikan. Ia melibatkan proses-proses merekabentuk sistem antaramuka, pembentukan lengkungan dan merekabentuk pelan garis badan kapal.

No comments:

Post a Comment