Abstract
Projek ini adalah bertujuan untuk membangunkan Sistem Maklumat Bergeografi (GIS) bagi Pemilihan Kawasan Takungan Air Baru. GIS ini merupakan satu sistem yang berkemampuan dalam proses penganalisaan maklumat yang menggunakan sistem komputer. Pelbagai keperluan maklumat perlu dikaji untuk menampung maklumat-maklumat sebenar bagi GIS Kawasan Takungan Air ini. Selain daripada projek ini, terdapat dua lagi projek yang saling berkaitan iaitu Sistem pemilihan Kawasan Tadahan dan Sistem Kajian Maklumat Jaringan sungai. Projek ini adalah terhad kepada pemilihan kawasan takungan air baru. Modul yang akan diketengahkan adalah Modul Persembahan Grafik bagi Sistem Kawasan Takungan Air Baru.
Website : http://ir.fsksm.utm.my/3823/
No comments:
Post a Comment