Wednesday 24 April 2013

Antialiasing Terhadap Tekstur Di Dalam Enjin Permainan


Abstract

          Pelbagai jenis aplikasi komputer yang berinteraksi dengan pengguna contohnya permainan komputer semakin banyak membanjiri pasaran masak ini. Keadaan ini telah membuka jalan untuk menghasilkan apa yang dikenali sebagai enjin permainan. Terdapat beberapa komponen yang membentuk enjin permainan ini iaitu pencahayaan,fizik permainan, sistem bunyi. pengurusan situasi, antialiasing dan banyak lagi. Kajian di dalam projek ini lebih tertumpu kepada antialiasing, dimana ia berfungsi untuk mengatasi masalah aliasing yang masih lagi menjadi isu hingga ke hari ini. Antara penyebab kepada berlakunya aliasing adalah proses persampelan dan pemetaan tekstur dimana berlakunya keadaan yang bergerigi, kehilangan maklumat, tekstur yang bercelaru. Pelbagai kaedah telah dibangunkan oleh pakar-pakar grafik untuk mengatasi masalah ini antaranya ialah postfiltering dan prefiltering. Berdasarkan penggunaannya di dalam enjin permainan, kaedah yang digunakan haruslah boleh digunakan didalam aplikasi masa nyata dan pantas. Oleh itu, teknik bagi kaedah postfiltering iaitu persampelan super 5x dengan paten teratur telah dipilih untuk mengatasi masalah aliasing ini. Tiga jenis paten yang umum bagi teknik persampelan super serta fungsi-fungsi yang terdapat di dalam pustaka OpenGL untuk mengatasi aliasing seperti mipmapping dan filtering, juga dibincangkan di dalam projek ini. Pengujian mengenai penggunaan penapis yang berkesan serta paten yang bersesuaian juga disertakan didalam projek ini.

No comments:

Post a Comment