Thursday 25 April 2013

Kehamilan Dan Kelahiran Dari Perspektif Islam


Abstract

          "CD Interaktif : Kehamilan dan Kelahiran Dari Perspektif Islam" adalah aplikasi interaktif yang mengandungi kombinasi elemen multimedia seperti grafik animasi, imej pegun, video dan audio. Kajian pada data dan sistem dibuat melalui pembacaan, carian bahan di internet dan temubual dengan mereka yang berkaitan. Sistem ini adalah mengenai kehamilan dan kelahiran dari perspektif Islam dan ditujukan secara khasnya kepada bakal ibu atau bapa dan umumnya kepada sesiapa yang berminat dalam bab ini. CD Interaktif (CD-Titles) multimedia ini dibangunkan berasaskan interaktiviti dan ciri-ciri keramahan pengguna, dengan ini pengguna akan merasa selesa menggunakannya. Dengan membangunkan CD-Titles ini, pengguna boleh melayari CD-ROM ini untuk mengetahui maklumat tentang kehamilan dan kelahiran dari perspektif Islam dengan cara yang lebih mudah dan menarik.

No comments:

Post a Comment