Thursday 25 April 2013

Pemodelan Molekul 3D Berasaskan Iso-Surface


Abstract

          Objek-objek grafik terbahagi kepada objek-objek geometri dan juga objek-objek semulajadi. Bagi objek-objek geometri, tidak menjadi masalah untuk memodelkannya tetapi lain pula halnya dengan objek-objek semulajadi untuk memodelkan objek-objek semulajadi ini atau objek di dalam 3D, berbagai jenis pendekatan boleh digunakan mengikut kesesuaian dengan ciri-ciri objek yang hendak dimodelkan. Pemodelan yang boleh digunakan adalah polygon mesh, Curve(Spline), patch surface, iso-surface dan procedural method. Oleh kerana tidak semua objek mempunyai bentuk yang tetap seperti titisan air, satu pendekatan pemodelan yang boleh merubah bentuk objek dipilih di dalam projek tahun 5 ini iaitu pemodelan molekul 3D berasaskan kepada iso-surface. Untuk menghasilkan permukaan iso-surface, berbagai kaedah dengan medan fungsinya yang tersendiri boleh digunakan. Kaedah ini adalah Model Blobby, Metaball dan Soft object. Kaedah yang dipilih dalam projek ini adalah kaedah Metaball.

No comments:

Post a Comment