Thursday 25 April 2013

Pengecaman Tandatangan Kaedah Rangkaian Neural (Rambatan Balik)


Abstract

          Lazimnya pengunaan tandatangan penting untuk pengesahan sesuatu dokumen atau sebarang urusan harian yang berkaitan. Keperluan tandatangan adalah sebagai simbol unik pengenalan seseorang yang boleh membezakan antara satu dengan lain. Setiap individu memiliki bentuk tandatangan masing - masing yang tersendiri dan mestilah unik supaya tidak dapat di tiru oleh orang lain, Perbezaan tandatangan ini membolehkan seseorang itu mudah untuk membuat urusan-urusan penting kerana penggunaan tandatangan lebih ringkas dan murah berbanding teknik identikal yang lain seperti suara dan iris. Walau bagaimanapun, pengecaman tandatangan yang menggunakan kaedah manual adalah kurang efisyen dan memerlukan pengamatan manusia yang tinggi. Pengecaman tandatangan yang dibangunkan ini dapat memudahkan proses pengecaman dibuat kerana ianya dilaksanakan secara berkomputer.

No comments:

Post a Comment