Wednesday 24 April 2013

Pendekatan Permukaan Sub-Bahagian Untuk Karakter Beranimasi Dan Persekitaran Dalam Permainan 3D


Abstract

          Pendekatan permukaan sub-bahagian telah menjadi teknik permodelan primitif yang semakin popular untuk menghasilkan satu bertuk bebas yang licin Ianya juga mudah mempersembahkan permukaan topologi rambang dengan hanya menggunakan algoritma pembinaan geometri yang mudah dan rekursif. Algoritma Modified Butterfly dipilih sebagai teknik yang akan digunakan untuk jalinan kawalan kemasukan input dan membahagikan sisi dan sudut untuk menghasilkan satu jalinan kawalan yang baru, di mana mengandungi lebih banyak sisi, sudut dan titik berbanding sebelumnya tanpa mengubah topologinya. Dengan mengimplemenkan teknik ini berulang-kali, satu permukaan tertutup yang lebih licin akan diperolehi seakan-akan objek sebenar.

No comments:

Post a Comment