Wednesday 24 April 2013

Pengurusan Aras Perincian Dalam Aplikasi Grafik Berkomputer


Abstract

          Pengurusan pemandangan banyak digunakan dalam aplikasi grafik berkomputer seperti permainan komputer 3D, simulasi, VR, dan sistem maklumat geografi. Teknik pengurusan pemandangan dan aras perincian yang statergik penting bagi mendapatkan persekitaran masa nyata dan interaktif memandangkan ia melibatkan jumlah data yang besar. Namun demikian, kebanyakkan aplikasi grafik komputer 3D konsumer tidak mengimplemenkan teknik pengurusan yang betul dan akibatnya sesuatu perisian itu telah menggunakan sumber komputasi yang berlebihan, seperti ingatan dan storan. Dalam kajian ini, teknik pengurusan pemandangan menjadi fokus utama dengan menggunakan pendekatan paparan masa nyata berdasarkan pada konsep aras perincian R-Tree dan pertanyaan perspektif data spatial. Perhatian khusus juga diberi kepada aras perincian objek dan daratan di mana ia merupakan komponen penting dalam kajian ini.

No comments:

Post a Comment