Wednesday 24 April 2013

Sistem Aplikasi Pengeditan Peta Tematik Dua Dimensi


Abstract

          Sistem Maklumat Geografik (GIS) adalah aplikasi komputer untuk pemetaan/ geospatial dan menganalisa sesuatu yang wujud dan berlaku di persekitaran kita . Teknologi ini mencantumkan operasi pangkalan data biasa seperti, query, dan analisis statistik dengan bentuk gambaran yang unik iaitu peta. Keadaan dunia yang sebenar terdiri daripada data ruang yang banyak. Oleh itu pemanipulasian, penganalisaan satu permodelan boleh dilakukan dengan lebih efektif dan lebih efisyen dengan wujudnya Sistem Maklumat Bergeografi. Penghasilan sistem ini adalah untuk menyediakan satu sistem yang mudah dicapai oleh pengguna untuk membuat pengeditan peta Tematik dua dimensi dengan mengaplikasikan penggunaan pustaka Activemap. Selain daripada itu,.peta ini juga mampu untuk memepersembahkan data ruang secara visual. Penggunaan pustaka Activemap adalah kerana komponen Activemap menyediakan perkakasan untuk mereka pelbagai produk dan boleh membina aplikasi yang interaktif dengan masa pembangunan peta yang minimum. Hasilnya, projek yang dibangunkan ini boleh dikomersilkan dalam pembelajaran di sekolah-sekolah dimana kerajaan telah mula meningkatkan sistem pembelajaran berbantukan komputer.
Website :      http://ir.fsksm.utm.my/3844/

No comments:

Post a Comment