Thursday 25 April 2013

Perisian Internet Conference


Abstract

          Persidangan Internet bukan lagi sesuatu yang diidam-idamkan tetapi telah menjadi kenyataan.Ini disebabkan oleh kemajuan dalam bidang rangkaian dan multimedia. Apabila Internet diperkenalkan, ia digunakan untuk menyebarkan maklumat kepada orang ramai. Pada masa itu, mereka hanya boleh bertukar maklumat dalam bentuk teks dan grafik. Dengan adanya Persidangan Internet, orang ramai boleh bertukar pelbagai jenis makluma(tteks,grafik, audio dan video) dalam masa-nyata. Mereka juga dapat berkongsi data dan aplikasi dengan menggunakan Persidangan Internet. Persidangan Internet telah membawa cara manusia berkomunikasi ke satu tahap yang baru. Tesis ini bertujuan untuk menyiasat Persidangan Internet dengan lebih mendalam. Tumpuan diberikan kepada ciri-ciri dan teknologi yang digunakan dalam Persidangan Internet. Perisian yang dibangunkan menerangkan cara Persidangan Internet diimplementasikan dalam persekitaran Windows.

No comments:

Post a Comment