Thursday 25 April 2013

Perkhidmatan Pengiklanan Telefon Bimbit Secara Atas-Talian


Abstract

          Sektor pengiklanan di Malaysia adalah pada tahap yang sangat menggalakkan dan konsep perdagangan elektronik (electronic commerce) menyokong sepenuhnya pengiklanan menerusi laman web di Internet. Dari kajian yang dilaksanakan di dapati pelbagai masalah timbul dalam merealisasikan perdagangan elektronik. Sebagai contohnya "Pengiklan telefon bimbit yang tidak berpengetahuan dalam membangunkan laman web sukar untuk menghasilkan iklan bagi produk mereka yakni secara interaktif dan percuma di Internet. Manakala para pelanggan yang mencari laman web pengiklanan telefon bimbit pula terpaksa melayari kesemua laman web yang dipaparkan oleh search engine. Justeru itu, bagi mengatasi masalah-masalah tersebut maka laman web perkhidmatan pengiklanan telefon bimbit atas talian dibangunkan. Pemilihan telefon bimbit bagi produk pengiklanan adalah berdasarkan kepada statistik penjualan dan penggunaan telefon bimbit. Projek dibangunkan dengan menggunakan teknologi ASP(Active Server Pages)iaitu bahasa scripting VBScript di bahagian pelayan dan Javascript di bahagian pengguna. Metodologi pembangunan projek adalah model Prototaip Evolusi, kaedah UML (Unified Modeling Language) dan teknik berorientasikan objek.

No comments:

Post a Comment