Thursday 25 April 2013

Permainan Berkomputer


Abstract

          Permainan berkomputer merupakan salah satu bentuk hiburan tanpa mengira peringkat golongan apa sekali pun. Dengan menggabungkan beberapa bidang lain dalam sains komputer seperti Multimedia, Grafik dan Kejuruteraan Perisian, pembangunan permainan komputer dapat dipermudahkan. Di dalam permainan ini, pemain berada di dalam dunia dua dimensi yang penuh dengan pelbagai rintangan. Pemain harus menembak semua kapal musuh untuk menamatkan permainan ini. Bagi menjayakan projek ini, penulis menggunakan kaedah teknik Pusaran dan teknologi terkini. Penulis juga memilih untuk menggunakan bahasa pengaturcaraan yang berlandaskan Pascal dalam persekitaran Windows 95/98. Perisian pengaturcaraan Borland@ Delphi 3.0 digunakan untuk membangunkan sepenuhnya projek ini. Justeru itu, adalah diharap dengan wujudnya bidang ini kita tidak ketinggalan untuk menerokainya dan sentiasa seiring.

No comments:

Post a Comment