Tuesday 23 April 2013

Portal Penawar Semulajadi Herba Secara Tradisional


Abstract

          Perubatan Tradisional berasaskan herba merupakan rawatan alternatif bagi merawat penyakit selain daripada perubatan moden. Di Malaysia, pengetahuan dan pengalaman mengenainya diperturunkan dari generasi ke generasi yang lain. Mereka percaya bahawa perubatan secara tradisonal merupakan kaedah paling selamat dan tidak memberi kesan sampingan terhadap tubuh badan manusia. Pada masa kini, penggunaan teknologi web kian berkembang dan digunakan secara meluas dalam menyebarkan maklumat. Walau bagaimanapun, Sistem Maklumat Herba yang sedia ada mempunyai kelemahan seperti paparan maklumat rawatan herba tidak lengkap, tiada kemudahan carian untuk pengguna membuat carian herba tertentu. Bagi membaiki kelemahan tersebut, satu Portal Penawar Semulajadi Herba Secara Tradisional telah dibangunkan untuk membantu pengguna menyediakan rawatan sendiri dirumah. Ianya mengandungi pelbagai fungsi kemudahan seperti carian spesifik herba dan rawatan, muat naik imej herba, forum perbincangan , paparan galeri imej herba, pendaftaran ahli dan selenggara data maklumat herba. Selain itu ianya juga memaparkan penyediaan ramuan herba mengikut penyakit atau masalah kesihatan. Portal Penawar Semulajadi Herba Secara Tradisional ini dibangunkan menggunakan pendekatan Prototaip Metodologi Rational Unified Process(RUP). Diharap Portal ini dapat membantu pengguna menambahkan pengetahuan tentang herba di Malaysia bilabila masa tanpa kekangan geografi dan masa.

No comments:

Post a Comment