Thursday 25 April 2013

Sistem Rangkaian Aktiviti Kawalan Penyakit Berjangkit


Abstract

          Pembangunan projek ini bertujuan untuk mengimplementasi dan merealisasi satu sistem pengurusan maklumat yang boleh membantu dan memudahkan kerja-kerja menganalisa dan mengawal penyakit berjangkit oleh Unit Kawalan Penyakit Berjangkit Kementerian Kesihatan Malaysia. Sistem ini diberi nama Sistem Rangkaian Aktiviti Kawalan Penyakit Berjangkit. Sistem ini berfungsi untuk menyelenggara pangkalan data pesakit, kes penyakit dan makmal untuk membolehkan pemeriksaan dan pengawalan penyakit berjangkit dijalankan dengan lebih sempurna dan bersistematik. Buat masa ini, semua aktiviti kawalan diselenggarakan secara manual yang sudah tentunya mempunyai banyak aktiviti yang lewat dan terbatas. Pembangunan sistem ini berasaskan pengendalian data pusat serta menggunakan ciri-ciri antaramuka ramah pengguna untuk memastikan aktiviti kawalan penyakit berjangkit menjadi lebih berkesan dan memberi banyak manfaat kepada semua pihak yang terlibat.

No comments:

Post a Comment