Thursday 25 April 2013

Taman Perumahan Maya - Permodelan Bangunan Kediaman


Abstract

          Internet sudah menjadi semacam satu keperluan kepada semua golongan penduduk di negara ini pada masa kini. Sejajar dengan perkembangan tersebut, kita sewajarnya menyokong usaha ke arahnya. Justeru itu, pelbagai bentuk perisian dan perkakasan komputer serta pelbagai sistem teknologi maklumat telah dibangunkan untuk memenuhi dan merealisasikan matlamat tersebut. Propaganda 'Dunia Tanpa Sempadan' dan juga 'Maklumat di Hujung Jari Anda' memberikan kesan yang begitu hebat dalam pembangunan dan kemajuan bidang teknologi maklumat ini. Kerajaan juga telah mengambil usaha yang positif ke arah itu dengan membangunkan pelbagai projek. Salah satu rojek pembangunan berteraskan teknologi maklumat adalah Multimedia Super Corridor atau MSC. Oleh yang demikian, penulis turut mengambil kesempatan ini untuk turut bersama dalam arus perkembangan teknologi maklumat ini dengan membangunkan sebuah projek yang bertajuk Taman Perumahan Maya - Permodelan Bangunan Kediaman. Projek ini dibangunkan atas dasar keprihatinan terhadap masalah pengguna yang memerlukan sesuatu servis atau khidmat dengan cepat dan efisien. Projek ini memungkinkan pengguna untuk melihat sendiri taman dan rumah yang ingin dibeli oleh mereka tanpa perlu meninggalkan tempat duduk.Dengan wujudnya sistem ini, penulis mengharapkan agar semua pengguna dapat memanfaatkan hasilnya dan seterusnya membantu untuk mempercepatkan proses pemilihan sesebuah pangsapuri yang ingin dibeli.

No comments:

Post a Comment