Thursday 25 April 2013

Perantaramukaan Perkakasan Dan Perisian Pada Sistem Berasaskan Mikropemproses 8085


Abstract

          Dalam bidang sains komputer, pengetahuan tentang perkakasan dan perisian komputer adalah wajib diketahui. Satu sistem mudah yang lengkap dengan keterangan gabungan perkakasan dan perisian amat sesuai untuk pembelajaran mengenainya. Dengan itu, demi membolehkan pelajar-pelajar memahami dengan lebih mendalam dan jelas tentang pengetahuan ini, satu sistem yang dinamakan Teknologi Mikrokomputer MFA telah diperkenalkan. Secara amnya, sistem ini terdiri daripada gabungan modul-modul dan sistem mikropemproses 8085 sebagai pengawal utama Secara keseluruhannya, projek ini bertujuan untuk memperkenalkan metodologi perantaramukaan yang digunakan untuk menghubungkan sistem MFA dengan model-model luaran. Ujikaji-ujikaji bersesuaian disediakan untuk membolehkan pelajar-pelajar mengaitkan metodologi perantaramukaan yang digunakan dengan matapelajaran-mataprelajaran yang mereka pelajari. Ujikaji-ujikaji yang disediakan merangkumi tiga bahagian iaitu bahagian mikropemproses 8085, bahagian sistem MFA dan bahagian model-model luaran. Tiga buku tambahan disediakan iaitu buku ujikaji untuk kegunaan pelajar, panduan ujikaji untuk kegunaan pensyarah dan buku panduan pula untuk kegunaan semua pengguna. Ujikaji-ujikaji ini dapat meningkatkan pengetahuan pelajar tentang metodologi perantaramukaan yang digunakan. Ujikaji secara praktikal dapat memudahkan pelajar memahami teori yang mereka pelajari. Dengan itu, ia dapat memudahkan proses pengajaran pensyarah dan proses pembelajaran pelajar.

No comments:

Post a Comment