Wednesday 24 April 2013

Sistem Laporan Atas Talian : Laporan Data Hidrologi (Data Curahan Hujan) Di Jabatan Pengairan Dan Saliran


Abstract

          Dalam dunia yang sedang menuju ke arah dunia digital, banyak kerja manusia di ambil alih oleh sistem komputer. Teknologi internet sememangnya diketahui kemampuan dan keberkesanannya dalam menyebarkan maklumat secara global. Data hidrologi adalah data yang sangat bernilai dan diperlukan dalam membuat pembangunan, pengurusan dan perancangan sumber air. Data sebegini hanya dibekalkan oleh pihak tertentu sahaja contohnya di negara kita pihak Jabatan Pengairan Dan Saliran yang diberi kuasa penuh untuk mencerap dan memproses data tersebut untuk kegunaan kerajaan sendiri, penyelidikan mahupun pihak swasta yang berminat. Oleh kerana sumber data hanya daripada pihak JPS maka untuk melayan permohonan yang semakin meningkat satu sistem komputer perlu dibangunkan untuk mengambil alih kerja-kerja menyediakan laporan data hidrologi dengan lebih pantas dan cekap. Laporan data yang pantas untuk diperolehi sepatutnya di letakkan di atas talian supaya ianya boleh diakses bila-bila masa sahaja oleh pengguna. Pembangunan sistem laporan data hidrologi atas talian yang boleh melaporkan data-data hidrologi khususnya data curahan hujan akan memberi impak yang positif kepada pihak JPS dan pemohon data, ianya juga dibangunkan untuk mengganti sistem lama yang tidak berasaskan web. Sistem ini diharap akan memberi kemudahan kepada pengguna dan memberikan hasil laporan yang mewakili laporan data sebenar daripada sistem sedia ada.

No comments:

Post a Comment