Wednesday 24 April 2013

Pembentukan Semula Dan Perwakilan Objek 3D Menggunakan Teknik Rangkaian Neural


Abstract

          Aplikasi pembentukan semula objek 3D adalah meluas dalam pelbagai bidang seperti rekabentuk produk, kejuruteraan, perubatan dan kesenian. Pelbagai perisian dan teknik pembentukan semula telah dibangun dan diperkenalkan. Oleh yang sedemikian, kajian ini bertujuan mengintegrasikan suatu kaedah kepintaran buatan iaitu rangkaian neural dalam pembentukan semula dan perwakilan objek mudah dengan sepenuhnya. Kajian ini menguji kemampuan rangkaian neural(RN) melalui pembelajaran berdasarkan pengalaman semasa membentuk semula objek dengan menganggar koordinat z bagi objek. Manakala keupayaan RN mewakili kebanyakan kelas-kelas objek 3D yang digunakan dalam grafik komputer juga dibuktikan. Transformasi affine mudah dilakukan pada objek yang diwakili oleh rangkaian neural bagi tujuan perbandingan dengan objek sebenar. RN dilatih menggunakan data-data contoh dengan pembelajaran rambatan balik. Keputusan pembentukan semula dan perwakilan objek mudah seperti sfera dan roket menggunakan RN adalah memberangsangkan berdasarkan kepada anggaran yang bersesuaian.

No comments:

Post a Comment